Monday, December 15, 2008

Kalau kau rindu

tak payahlah cakap:

"sayang, rinduuuuuuuuuuu giler kat kau!"

"anis darling. kau buat apa sekarang? lama tak lepak sama-sama! rinduuuuulah!"

lepas dah kau klik 'Submit Comment' tu, kira dah terlerailah rindu dendam kau dekat aku yer? Komen aku yang menyusul selepas tu, tak reti-reti pula nak dijawabnya. Aku pun pelik, engkau rindu aku ke atau aku yang menyombong sangat dengan engkau?

Sumpah aku cakap sebenarnya aku tak gemar orang yang panggil aku sayang, darling, dear, babe, hunny dan sebagainya. Sebabnya aku rasa sangat rimas okay? Aku pun tak gemar nak panggil orang dengan panggilan berjenis-jenis macam tu. Cukuplah memang aku mengkhaskan panggilan nama manja yang istimewa sebegitu kepada sahabat-handai yang aku paling suka dan mesra sahaja.

Aku kalau betul-betul rindu kat kawan aku, memang aku akan luahkan perasaan rindu aku. Aku borak lama-lama, panjang-panjang, lebar-lebar dengan dia. Mengumpat, bergosip, dan berkongsi rahsia. Mana cukup satu baris pertanyaan saja!

Tapi yang paling seronok sekali tu, aku dengan sahabat baik aku jarang pulak nak cakap rindu selalu. Ini tiba-tiba mana entah yang datang, aku hubungi mereka pun mungkin setahun sekali kemudian dapat komen "aku rindu kau". Tipulah kan mereka semua tu?

Kalau aku betul-betul tak rindukan kawan aku tapi nak bertegur dengan dia, aku cakap:
"Engkau per cer sekarang?"

Kalau aku betul-betul rindu, aku cakap:
"Aku rindu engkaulah. Engkau per cer sekarang?"

Senang saja bukan?
Kau ingat kau cakap kau rindukan aku, aku akan terharulah ek? Keh keh keh. Silap besarlah kau mak cik.

Tapi, selalunya aku terpaksa juga balas, "aku PUN rindukan engkau". Aku tak hipokrit tapi sekadar menjaga perasaan dan hati orang. Nanti kesian dia, rasa dirinya bertepuk sebelah tangan.

1 flower blossom:

 

Blooming Violet Template by Ipietoon Cute Blog Design