Thursday, January 22, 2009

Bila nak buat baik ada halangan

Tapi bila nak buat jahat, senang jeeeeer!

Hari ini ada kempen derma darah dekat kolej aku. Tapi aku tak dapat derma sebab si pegawai kesihatan itu dapat kesan yang aku kurang sihat. Memanglah aku baru sembuh dari demam 2, 3 hari lepas tetapi takkanlah tak boleh derma langsung. Salah aku juga sebab terlepas cakap yang aku ambil ubat antibiotik.

Semester lepas ada juga kempen derma darah dijalankan tetapi aku tak dapat derma sebab aku tak cukup 18 tahun. Heee.

Bengang okayh?

Tetapi aku perasan sesuatu juga. Sebenarnya dalam hidup ini, kalau kita beriya-iya atau pun teruja hendak lakukan kebaikan, baik pada diri sendiri atau pun masyarakat, ada sahaja halangannya. Tapi bila kenakalan diri menjelma, senang dan lancar sahaja hendak laksanakan rancangan nakal itu.

Aku geram sedikit sebab layanan pegawai kesihatan itu tidak mesra langsung. Bertambah panas hati aku.

Apa pun, aku gembira dan teruja juga bila berkesempatan untuk uji kumpulan darah aku sebabnya selama ini aku tidak pernah tahu. Dan, jeng jeng jeng...

Aku adalah penerima universal tetapi orang lain tidak boleh terima darah aku.

Tamak dan kedekut kan bunyinya?

Aku berdarah jenis AB! Sama macam Abah! Sah aku anak abah! Hihi.
Bak kata Alwi,
"Suka betul dia nak sama dengan Abahnya"

Hihihi. Mestilah. Like father like daughter! =D

5 flower blossom:

  1. AB?hee
    AB beruntung tau..time2 emergency senang.semua darah pn boleh! :)

    ReplyDelete
  2. yup yup i know. bole jer survive. hihi.

    ReplyDelete
  3. haha dulu i pn nk derma darah. then kawan i pgi ckp mcm2 kat i, kata nnti dpt infection lah apa lah. terus tk jadi -__-

    ReplyDelete
  4. Adlan: you ain't got a single drop of my blood big bro~ hohohoh~

    atqh: alahai u nih. google kan ada? haha. takder la such thing. optimist la skit. huhu.

    ReplyDelete

 

Blooming Violet Template by Ipietoon Cute Blog Design