Setakat ini penuh lagi solat terawikh aku. Tak lama lagi dah nak cuti dah. Hehe.
Malam ini, aku pergi masjid, bertiga dengan mamabah.
Baru aku perasan, sebenarnya memang golongan makcik nih, mereka memang suka benda bling-bling yaw! Sebab bila Mamaku memakai baju atau tudung yang agak over bling-blingnya, aku tidak mengerti.
Dekat masjid aku, ada jemaah makcik yang pakai telekung penuh dengan bling-bling. Fuiyo kejap. Hehe.
Kadang-kadang aku terperasan juga ada mata yang memandang aku dan Mama. Bila usai solat, ada makcik yang tanya aku,
"Emak ke tuh?"Aku iyakan sahaja sambil tersenyum.
Selepas itu baru aku perasan, makcik yang tegur aku tu, datang masjid bersendirian.
Sama juga seperti yang lain.
Rata-rata makcik yang aku lihat, mereka berseorangan, tidak berteman.
Tetapi aku.. sentiasa berteman, disebelah Mama. Bila terasa mengantuk, aku akan bersandar pada Mama, manja-manja kejap. Kadang-kadang kami bercoloteh dan bergurau senda seketika.
Padanlah ada orang yang memandang.
Kadang-kadang bila terasa sedikit malas untuk tunaikan solat sunat witir, aku buat muka comel dekat Mama, nanti Mama balas balik buat muka comel pujuk untuk aku teruskan solat.
=)
Indahnya solat berjemaah bersama Mama.
Okay, thanks, bye.
0 flower blossom:
Post a Comment