Wednesday, April 10, 2019

Beef Soup to Beef Stew

Sejak berkahwin, Anis mula gemar masuk ke dapur dan memasak.
Sebelum kahwin, Anis tidak rajin memasak tapi tahulah sikit-sikit sebab Mama Anis ada ajar juga cara-cara memasak. Tup tap tup tap, lepas kahwin terus pandai masak macam-macam. Lebih-lebih lagi sejak ada teknologi rempah segera yang mudah didapati di mana-mana pasaraya, lagi mudahlah kerja memasak bagi si isteri. Tumis, tuang, gaul dan siap!

Resipi masakan yang Anis reka kebanyakan adalah jenis versi yang 'malas'. Jadi, untuk post hari ini Anis akan berkongsi resipi sup daging dan convert sup menjadi beef stew.

Memandangkan hari ini si suami demam, jadi sup daging yang Anis masak perlukan banyak bahan-bahan sayuran yang berkhasiat.

Untuk bahan kisaran:
Bawang kecil
Bawang merah
Bawang putih
Halia

Anis sengaja lebihkan isi bawang putih dan halia untuk heat up the body. Barulah demam si suami akan cepat kebah. Kemudian,
  1. Tumis bahan kisaran bersama bawang besar. Anis turut masukkan lobak merah untuk lembutkannya dan taburkan coarse grind black pepper. (Sebab si suami sukakan pedas tapi sebab dia sakit gastrik, tidak boleh makan cili, jadi Anis ganti dengan lada hitam) 
  2. Setelah bahan tumisan telah naik bau dan pecah minyak, masukkan Sup Bunjut Adabi bersama ubi kentang, jagung sayuran, dan isi daging yang telah dipotong nipis. Anis turut masukkan isi bebola ayam untuk memeriahkan masakan.
  3. Kebiasaannya, Anis suka gaul sebati dahulu bahan tumisan dengan isi daging untuk seketika. Konon-konon nak bagi flavour seep in through the meat.
  4. Selepas 5 minit gaul sebati, barulah tambahkan air, potongan tomato dan jadilah sup! Biarkan sup masak sehingga menggelegak selama 30 minit dengan tujuan untuk lembutkan daging, lobak merah, kentang dan jagung.
  5. Bila bahan-bahan di atas telah empuk, masukkan hirisan daun sup dan daun bawang untuk naikkan aroma sup dan juga bawang goreng untuk bagi rasa rangup bila dimakan.

Kebiasannya, Anis akan lebihkan portion makanan malam sebab bahagian yang lebih akan disimpan untuk dijadikan bekalan si suami di tempat kerja pada esok keesokan harinya dan juga makanan tengahari Anis.

Sejak kahwin ini juga Anis sangat menghargai makanan dan seboleh-bolehnya elakkan pembaziran maka Anis telah menjadi seperti Mama Anis, we tend to improvise (read: recycle) the leftover food.

Untuk makanan tengahari, Anis panaskan sup tersebut sehingga kuahnya menjadi pekat dan likat seperti stew. Anis makan dengan kepingan roti yang telah dibakar. Memang best makan roti bakar cicah dengan stew especially during rainy day!


Roti yang dibakar pada suhu 150 degrees celcius selama 4 minit

0 flower blossom:

Post a Comment

 

Blooming Violet Template by Ipietoon Cute Blog Design