Sunday, December 21, 2008

#001: Buah dada perempuan

Pernah tak tengok bila orang lelaki tenung payudara perempuan macam nak terjolok keluar biji mata dia? Kalau kita dapat tangkap dia tengah tenung baik punya, mesti dia bagi alasan kata tengah menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Aku rasa bukan setakat menikmati saja, ada yang lebih hebat tu siap boleh buat analisis lagi si perempuan tu pakai coli warna apa, saiz apa, saiz cawan dia apa.

Sumpah aku cakap aku kagum dengan lelaki yang mempunyai daya analisa yang tajam sebegitu sebab sampai sekarang pun aku selalu tidak pasti apakah saiz aku. Wahai sang lelaki, daripada kau terus membuang masa dengan mencuci mata engkau secara percuma baik kau kerja di kedai coli. Ada juga faedahnya. Berbaloi juga dapat gaji dengan menggunakan kehebatan kau itu. Bantulah gadis-gadis sunti yang masih lagi tidak tahu berapakah saiz payudaranya.

Sebenarnya aku nak cerita tentang fiil perempuan dan keindahan yang Tuhan ciptakan untuk kami.

Semasa berusia 11 tahun, dada budak perempuan yang dulunya rata macam papan kayu, mula membesar dan membukit sedikit. Masa zaman aku, kami semua dipaksa memakai "camisole" atau pun "singlet". Tapi kami tak suka sebab panas. Aku dulu tak faham kenapa nak kena pakai. Bagi aku tiada perbezaan yang nyata pun. Kelihatan juga anak bukitnya. Baru kini aku faham, rupanya untuk selindungkan puting kami.

Apabila berusia 12 tahun, dah pakai "camisole", kena pula pakai coli. Panas. Rimas. Aku tak suka. Kadang-kadang aku pergi sekolah tak pakai semua tu pun. Selamat dulu kat sekolah rendah wajib pakai tudung. Tudung pun tak pendek sangat. Cikgu-cikgu takkan tahu punyalah. Sampailah ada seorang kawan cuba menakutkan aku. Dia kata kalau aku tak pakai coli, nanti buah dada aku jatuh, meluyut macam nenek tua! Seram gila aku rasa masa tu.

Menginjak ke Tingkatan 1, kebanyakan buah dada kami sudah mula membukit. Kebiasaanya, semua sudah selesa memakai coli. Tapi masih lagi memakai coli kain yang coraknya memang kebudak-budakan. Ketika itu, coli putih adalah suci dan coli hitam adalah wow! Seksi atau menggoda, aku tidak pasti. Yang pasti jika kami terlihat sesiapa yang memakai coli hitam pasti reaksi kami akan menjadi, wow!

Tetapi secomel-comel mana pun coli kami. Kebanyakkan semua jalan membongkok! Seolah-olah ada beban yang terlekat di bahu. Keh keh keh. Naifnya aku waktu dulu. Kami jalan bongkok sebab kami malu sangat kami ada buah dada! Nanti budak-budak lelaki kat sekolah sebelah nampak. Kenalah jalan bongkok nak selindungkan bukit yang sedang meninggi tu. Tapi aku tak faham kenapa bila ada salah seorang diantara kami yang memiliki buah dada yang lebih besar dari kami, akan menjadi sasaran untuk dikeji. Mesti kebanyakkan nak, "Eeee! Tetek dia besar!". Budak lelaki pun suka ejek. Dahlah penyibuk! Bodohnya mereka semua itu! Macamlah penis mereka itu semua besar sangat pun. Bila sudah besar nanti, perempuan berpayudara besar juga yang engkau nak.

Yang lagi kelakar tu, sesiapa berbuah dada besar pada waktu itu mesti selalu merungut,
"Kenapalah buah dada aku ni tak macam orang lain punya?"
"Kenapa engkau mesti besar dari orang lain punya? Buat malu aku saja nak kendong engkau berdua kehulu kehilir."

Ketika berusia 15 tahun, kanak-kanak perempuan gedik mula menggedik dengan jalan mendada. Mereka mula mengenali apa itu tarikan fizikal. "Lihatlah dunia, lihatlah tetekku~" walhal masing-masing masih lagi memakai cup A. Sudah pandai pilih coli sendiri tanpa bantuan ibu atau kakak. Jalan pun tidak membongkok lagi. Sudah semakin selesa dengan badan sendiri.

Di tingkatan 4. Buah dada memang sudah membukit secara matang. Tahap selepas itu menggunung pula. Ketika ini, masing-masing, baik yang gedik atau pun tidak, akan mula rasa bangga dengan buah dada sendiri. Makin berani untuk memakai warna coli yang terang seperti merah atau ungu terang dan berenda. Bukan untuk dipertontonkan, tetapi ia adalah naluri perempuan yang ada keinginan untuk puaskan diri sendiri terhadap rupa badan kami. (Self-satisfaction)

Naik ke tingkatan 5, perempuan mula membanding-bandingkan buah dada dengan rakan-rakannya dan timbul rasa cemburu apabila ada rakannya memiliki buah dada yang lebih besar. Bukan setakat cemburu, merungut pun iya.
"Kenapa engkau lambat menggunung? Buat malu aku saja pakai baju apa pun, badan tak nampak cantik". Pada waktu ini juga, semua sudah terbuka untuk berbincang apa sahaja mengenai buah dada.

Aku teringat pada suatu kisah.
A: Macam mana nak bagi tetek aku besar lagi eh?
B: Kau suruhlah teman lelaki kau urut dan ramas-ramas. Mesti dia suka dan bile tetek kau dah lagi besar, kau pulak suka.
A: Kau pernah buat macam tu tak?
B: Tak.

Bodoh ya. Kalian jangan buat apa yang aku tulis tu. Baik lelaki baik perempuan.

p/s: Entri kali ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Zaman kanak-kanak perempuan batch aku adalah sangat berbeza dengan zaman sekarang.

5 flower blossom:

  1. Erk...
    Surprised seeing this post..
    Speechless, sbb me x pernah ada niat nak tgk bahagian tu...

    ReplyDelete
  2. itu lumrah lelaki. attraction toward opposite sex. bagi fact sket. lelaki akan memikirkan tentang seks setiap 4 min.

    no wonder la kan?


    p/s: bende free sape xnak? :P

    ReplyDelete
  3. ady: hahah... gatai miang! ;P

    TPK: hehe! i noe u will! coz anis kn bdk baik jarang ckp2 psal benda nih. hohoho~ really? woww.. baguslah. 'hijab' tertutup lg kot. xP

    hazwan: haha. lumrah fitrah manusia sendiri pn mmg cmtuh. cuma laki attract to gals' stuff. :P haha. naah. i tak caya psal tuh? geeks n nerdy never bothered bout dis kinda stuff i think.

    p/s: ohoooo~ u nak ker? lemme noe biler u da dpt tau. xP

    ReplyDelete
  4. "geeks n nerdy never bothered bout dis kinda stuff i think"

    ^_^ hehe

    ReplyDelete
  5. serius cakap.. urutan memang membantu pembesaran buah dada. bukan je 2 bai.. iye juga mencantikkan bentuk buah dada tersebut..dan tangan lelaki sangat sesuai dalam membantu pembesaran buah dada wanita..bende ni memang meluas kat negara luar tp husbang pun leh wat kat bini wat.. xkn asek nak main je..skali skale tlg la gak kn... sendiri gak puas nti..

    ReplyDelete

 

Blooming Violet Template by Ipietoon Cute Blog Design