Wednesday, December 17, 2008

Kadang-kadang kebetulan

Dan kadang-kadang aku suka kebetulan berlaku.

Semalam pergi merendek dengan Alwi dekat Lake Garden. Mood rajin dia datang dan menyebabkan habis dompet aku di "spot check" oleh dia. Tiba-tiba dalam banyak gambar kecil yang aku suka letak dalam dompet aku tu, terselit tiga keping gambar ada muka bekas (ex) aku dulu tu. Terkejut kejap aku dan dalam hati sambil menyumpah-nyumpah,
"Kenapalah aku boleh terlupa ada lagi gambar mamat ni! Matilah aku!".

Lantas aku terus teringat yang Alwi pun ada juga simpan gambar bekas dia dalam 'Phone Gallery' dia. *gelak jahat* Tapi, selamat dia cool. Dia cakap jangan simpan gambar bekas aku tu dah. Hehe. Lepas~

Malam tu, gayut kejap macam biasa. Dia nak perli aku pasal gambar tu. Aku dah agak punya. Dengan nada selamba aku jawablah, "Eleh! Gambar ex you tu pun ada dalam your phone. Ingat I tak tau?" Dia memang ingat aku tak tahu dan dia ingat aku main cakap nak gertakkan dia. Aku sambung, "gambar last sekali". Baru dia cuak tapi tetap nak pertahankan diri dia. Hahaha. Aku malas nak ambil pusing pun bila aku tak tersengaja tengok galeri gambar dia tu. Dah lama aku tau tapi, I can't be bothered.

Tapi bila aku fikir balik, kedua-dua dompet aku dan telefon bimbit dia masih lagi baru. Dalam tiga atau empat bulan mungkin. Sedangkan, aku dan dia putus dengan bekas masing-masing adalah pada tahun lepas. Dan gambar bekas masing-masing ada dalam dompet aku dan telefon bimbit dia.

Haha.

Kebetulan mungkin?
Kebetulan yang aku termasukkan gambar bekas aku dalam dompet baru tu pada tiga atau empat bulan lepas?
Kebetulan yang dia pun termasukkan gambar bekas dia ke dalam telefon baru dia?
Atau pun, kebetulan yang bekasnya ter-MMS gambar kepada dia?
Dan kebetulan yang gambar tersebut bertarikh 6 Disember 2008? Baru lagi bukan?

Aku nak salahkan kebetulan boleh tak? Sebab sekarang ini aku sangat tak suka pada kebetulan.

3 flower blossom:

  1. hi! thanx 4 followin me blorg. i think i kno u tp terlupe. hav we met b4? kuang aja punye soalan ahahah

    ReplyDelete
  2. "i think i kno u tp terlupe. hav we met b4?"
    a typical pick up line. nice...
    haha. naah. i dunno you. but ur blog seems interesting to me. =]

    ReplyDelete
  3. Ngah-Ngah ayat maneess..

    ReplyDelete

 

Blooming Violet Template by Ipietoon Cute Blog Design