Wednesday, December 3, 2008

Welcoming a new silent reader

Hey, awak. Ya, awak yang tengah menyorot mata kat blog saya ni. Selamat datang diucapkan ke blog saya yang saya rasa cukup comel dengan layout yang direka dan diubahsuai oleh saya sendiri.

Entri kali ini ditujukan khas kepada seorang jejaka berkaca mata yang telah sekian lama tertanya-tanya kenapa selama ini saya tak benarkan dia membaca blog saya. Saya sendiri pun keliru kenapa yer? Tapi mudah saja saya luncurkan ayat, "Saya lebih suka kalau awak tak baca blog saya"
Mungkin, saya takut dengan rahsia lama saya. Terutamanya berkenaan dengan si dia yang dulu.
Tapi... yang sebenarnya, yang paling merisaukan saya adalah..
saya malu sangat dengan penggunaan Bahasa Inggeris saya yang berterabur macam warna biji coklat M&M yang berwarna-warni tu. blogger-emoticon.blogspot.com

Al-maklumlah, awak kan hebat bermadah bahasa Inggeris. Sudah sebati dengan jiwa dan raga awak. Sampaikan saya berbicara Inggeris dengan awak pun awak sudah sampai tahap lali dengan kesalahan tatabahasa dan kosa kata saya. Eeeeee... malunya saya bila awak beritahu saya tahu tak? Selamat saya ini bukan jenis cakap Inggeris nak berlagak dengan orang lain tapi niat nak belajar. Tapi apa pun, awak tak pernah jemu bantu saya menjadi kamus bergerak saya, kan? Terutamanya bila saya malas nak junjung kamus Oxford yang tebal dan berat itu ke kelas BEL 120 saya. Saya hargai sangat-sangat tau.

Tapi sekarang saya sudah mula menulis entri di dalam Bahasa Melayu. Awak tahu kenapa? Sebab saya rasa sudah tidak malu bermadah baku di dalam BM. Malah, saya sangat kagum dengan sesetengah penulis blog yang seakan-akan bersastera ketika menulis blog mereka. Terus-terang saya cakap, Bahasa Melayu memang indah jika diolah menggunakan imaginasi minda dan mainan hati. Kadang-kadang rasa macam nak buka buku Komponen Sastera pula, nak ulangkaji balik apa itu personifikasi, metafora, simile dan sebagainya.

Lagipun, saya bagi awak baca blog saya sebab saya nak cuba tarik minat awak menulis blog juga. Kan seronok boleh baca pandangan dan pendapat awak. Tapi ingat, saya dah keluarkan fatwa sendiri, awak wajib menulis blog kalau awak betul-betul pergi belajar dekat bumi kanggaru itu nanti. Itu pun, kalau Mamababa betul-betul sanggup lepaskan awaklah. Awak tau, saya tak sanggup itu.

Awak mesti tengah tergelak kecil bukan? Biarlah. Saya peduli apa. Tapikan awak, saya sangat suka tau kalau kadang-kadang awak bermadah manis di dalam BM walaupun seminit. Dengan rupa awak yang memang macam lelaki melayu tulen, sekali awak buat saya macam tu, aduhai... memang cair saya macam aiskrim dek ditempias pemanasan global tau. Rasa macam saya bercinta dengan lelaki melayu terakhir pula! Tapi awak, saya puji sekali ini saja janganlah buat berjuta-juta kali pula yer? Entah-entah, nanti keluar berpacaran dengan awak, asyik pakai baju melayu dan baju kurung sajalah.

Setakat ini sajalah entri saya kali ini. Saya tahu, awak, Achik, Alan, Shafeena, Nana, Ajwad, Ajinda, dan Eizran, pasti kamu sekalian sedang gelak terbahak-bahak baca entri kali ini. Selamat ini dunia blog. Saya tidak boleh lihat kamu gelak besar dekat saya. Saya tidak peduli. Yang penting, awak, si jejaka kaca mata, faham kan maksud entri ini? Baiklah kamu semua. Sekian.

7 flower blossom:

  1. OMG.. tidak!! apekah?!!

    Anis is speaking malay?

    ReplyDelete
  2. tula, dulu kutuk2 blog yg gune bhs melayu.
    kan da kena diri sendri

    ReplyDelete
  3. hahaha.

    saya menyokong seratus peratus niat suci saudari untuk menulis blog dalam bahasa melayu~

    padan muka gerard way sebab tidak boleh baca blog saudari mulai saat ini.

    wakakaka.

    ReplyDelete
  4. Adlan: eleeehhh.. wat about ur blog yang warna kehidupan tuh? its just da same thing isnt it? buwek~

    Achik: anis kutuk blog bm yg guna bahasa rojak or sng citer, anis tak berkenan dier tulis in bm mcm berckp. anis prefer ayat2 yang puitis and baku.

    Ajinda: hahahah. thanks for supporting bebeh. akuh tau ko, ko kan peminat setia aku. hahahahahahahahah!! gerard way tak phm nnt tapi mikey way, si jejaka berkaca mata yang tinggi lampai mungkin boleh tlg alihkan bahasa ntuk dier kot! lol!

    ReplyDelete
  5. Tak hairan pun dengan Bahasa Melayu yang kurang cacat-celanya

    Walau bagaimanapun, Anisawrus tu adalah sejenis dinasaur baru kan? xD

    ReplyDelete
  6. ANISAWRUS - mukanye bulat, berminyak, berjerawat, jarang mandi(mcm famly dinasour la, mane de mandi), kaki pendek, boncet (byk mkn, perut dino kan beso), ekor kontot (eh, ade ekor tu ak x sure, x cek lak), tp yg plg penting, comfermo, ANISAWRUS ni berjantina BETINA. Pasangan anisawrus ni pula ALWAWRUS.
    Itulah infomation yg aku perolehi setelah membuat kajian berpuluh tahun di tempat tulangnya yg ditemui di Keramat AU1 Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  7. "...memang cair saya macam aiskrim dek ditempias pemanasan global tau"

    hahahaha. mmg berkecai la otak alwawrus lepas ni dek kerana perasan!
    adui anis. terase mcm bace blog zaman melaka plak.tp takpe.takkan hilang melayu di dunie :P

    ReplyDelete

 

Blooming Violet Template by Ipietoon Cute Blog Design