Tuesday, January 27, 2009

Mainan sial

"Selamat malam dan mimpi indah kekasihku"

Itulah kata-kata yang sering kali meniti di skrin telefon bimbit kami setiap malam.

Tapi tidak semestinya dengan mengucapkan mimpi indah, visual yang bakal kita alami ketika tidur akan menjadi indah.

Semua orang mesti pernah mendapat mimpi buruk apatah lagi yang tidak sedap rasanya. Aku juga tidak pernah terlepas. Antara mimpi buruk lagi hodoh aku pernah dapat adalah:

1. Berdepan dengan situasi kejar-mengejar oleh penjahat dan hampir dirogol.
2. Aku bawak kereta terbahak-bahak kemudiannya langgar pokok dan jatuh gaung.
3. Mama dan abah adalah pelakon utama dalam mimpi ini. Terlalu sulit untuk dinyatakan.
4. Aku curang dengan Alwi.

Keempat-empat mimpi ini aku masukkan dalam kategori 'Mimpi Sial'. Memang celaka sangat.
Yang paling aku takut dan seram adalah mimpi pertama.
Kedua itu tidak berapa jelas tapi macam adegan bunuh diri pun ada.
Ketiga adalah paling menyayat hati.
Keempat? Paling sedih.

Selamat lelaki simpanan yang muncul dalam mimpi itu memang 101% aku tidak kenal dan tidak berkaitan dalam hidup aku.

Apa pun, macam bangang gila. Aku benci gila kat diri aku dapat mimpi macam tu. Kau tahulah kan bila kita bermimpi macam benar rasa dan fiilnya.

Dahlah curang, lepas tu pergi merendek depan mata Alwi sendiri. Haha. Tapi dalam mimpi tu, walaupun aku bersama dengan lelaki lain, aku tetap tidak merasa bahagia sejati dengan si dia. Nak lelaki tu, nak Alwi lebih. Apa motif aku curang pun tidak dipertontonkan dengan jelas. Aku rasa lelaki itu mengurat aku kot. Pada penamat cerita sial itu, akhirnya aku merayu gila, melutut dan menangis kat Alwi supaya maafkan dan terima aku semula. Sampai situ sahaja. Tiba-tiba sedar dengan mata terbeliak, darah bergemuruh tak percaya.

Agak lamalah aku terpaku di katil, mengejar kembali realiti.

"Oh. Mimpi. Celaka kau."

Cliche memanglah cliche. Tapi kenapa perlu diulang tayang sebanyak dua kali?

Sedih, pilu sangat kau tahu tak.

Aku tahu sebenarnya mimpi aku tidak pernah membawa sebarang petanda tetapi ada maksudnya. Mimpi-mimpi sial aku itu cuba mengajarku dan baru kini aku faham.

Aku faham apa yang cuba diajar dalam mimpi sial yang pertama, kedua dan berikutnya.
Dan mimpi yang keempat ini?
Kesalahan yang tidak pernah timbul secara nyata tetapi berhantu.

You're like a hard candy with a surprise center. How do I get better once I've had the best? I am truly sorry sayang.

4 flower blossom:

  1. fuckery seraam the mimpi.

    will u elaborate on the cacatness 4 not arguin??
    i dun get it clear

    ReplyDelete
  2. anis,background awk cantik.mcm mn buat?

    ReplyDelete
  3. Romie Pujaan: yuhhhhhh i noe dat. oh sure. nanti i post my elaboration tuh kat ur blog. hehe.

    Aielyn Marilyn: thanks dear. kita pandai godek2 sindri xhtml nih. huhu.

    ReplyDelete
  4. alamak kte xd ym,mcm mn ni?haha,xpe lah xdpt buat ;(

    tgk blog awk je lh jawabnye

    ReplyDelete

 

Blooming Violet Template by Ipietoon Cute Blog Design