Monday, January 19, 2009

McD itu kelihatan pelik.

Tiba-tibakan, bila aku jalan-jalan ternampak orang Melayu menjinjing beg plastik yang penuh berisi hidangan McDonald's dan terang-terang terteranya jenama makanan ringan McDonald's pada beg plastik tersebut pasti aku berasa pelik

'Huh? McD lah!'

Sama peliknya bila aku lihat orang Melayu yang sedang meneguk air berkarbonat berjenama Coca-Cola.

Aneh betul bila 'musim' boikot ini yang sedang hangat melanda tanah Melayu. Seolah-olah benda yang selama ini halal dimakan, diminum, digunakan, tiba-tiba diharamkan.

Mungkin McD dan Coca-Cola bukanlah keperluan di dalam kehidupan aku. Sebab itu aku berasa pelik bila terlihat akan kehadiran mereka baru-baru ini. Bagaimanapun, aku tetap tidak boleh katakan tidak kepada produk-produk Nestle. Terutamanya Milo dan Nesvita.

Bagaimana pula dengan Maggi?
Itu pun tidak. Itu adalah makanan kecemasan aku.
Victoria's Secret? Aku baru sahaja pasang niat hendak beli body spray Love Spell. Alahai.

Apa pun, isu boikot ini adalah hak individu.

Pada pandangan aku secara conventional, ekonomi negara kita juga yang akan lumpuh tetapi secara Islamiknya, this is the least thing we could do not as a muslim only but being as a human as well.

0 flower blossom:

Post a Comment

 

Blooming Violet Template by Ipietoon Cute Blog Design