Thursday, January 15, 2009

Got tagged by Nana

Syarat dan peraturan:

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.
  1. Dalam setahun, kebiasaannya saya akan mendapat demam sebanyak minimum, 3 kali.blogger-emoticon.blogspot.com
  2. Saya seorang yang body-conscious. Sekiranya terdapat 5 orang kawan yang memberitahu saya yang saya sudah kurus sikit tetapi seorang sahaja yang mengatakan saya masih sama atau pun badan saya semakin naik, saya akan lebih percaya kepada pernyataan yang kedua itu dan mengalami low self-esteem.
  3. Saya seorang yang mudah terpengaruh tetapi bukanlah ke arah kesesatan/kegelapan.
  4. Saya seorang yang mudah untuk disenangkan. (easy to be pleased)
  5. Saya sangat memilih dalam menentukan sahabat dan kawan lelaki saya.
  6. Saya lebih banyak kawan perempuan dari kawan lelaki dan menyukainya.
  7. Saya suka bergayut di telefon dengan Alwi untuk berjam-jam lamanya.
  8. Kalau keluar sekadar untuk beli barang, saya tidak kisahkan rupa saya. T-shirt rumah dan sepasang seluar jeans sudah cukup walaupun saya menjejakkan kaki ke KLCC. Atau pun senang cerita, saya memang selekeh kalau keluar seorang diri. (Diakui oleh roommate saya)
  9. Saya suuuuka gigit kolar baju sampai basah-basah kena air liur.
  10. Kulit saya sangat sensitif. Kalau terkena bisa gigitan semut api sudah boleh mencetuskan keaktifan virus scabbies yang memang tidak akan mati dalam badan saya ini.
  11. Saya suka perasan saya single kalau keluar beramai-ramai dengan rakan-rakan single saya. blogger-emoticon.blogspot.com
  12. Saya memang suka tengok perempuan cantik. Cantik badan dan cantik muka dan suka kacau mereka. Buat bunyi, 'peeeewwiiiitt' sudah memadai. Saya pun tidak pasti mengapa saya berkelakuan sebegitu terhadap jenis saya. mltan100.blogspot.com
  13. Saya tidak suka belajar secara berkumpulan ataupun melakukan aktiviti dalam kumpulan kerana saya malas bekerjasama. (sedang cuba untuk mengubah sikap ini)
  14. Saya akan berasa sangat segan kalau dipuji terutamanya oleh orang yang baru sahaja berjumpa/mengenali saya.
  15. Saya tidak berminat untuk menjadi queen control.
  16. Kebiasannya benda yang saya tidak minat pada hari ini, akan diminati di kemudian hari.

0 flower blossom:

Post a Comment

 

Blooming Violet Template by Ipietoon Cute Blog Design