Akhir bulan lepas, asrama kolej aku agak kekecohan sedikit dengan berlakunya kes-kes dan insiden yang menyeramkan. Seolah-olah makhluk halus di asrama mengamuk. Biasalah kan? Memang biasa.. tapi takkan sampai kebanyakan orang boleh terserempak dengan mereka ini. Malah, kawan baik aku sendiri pun mengalaminya. Haish.
Kalau setakat nampak lembaga, bayang, dengar bunyi berulang-ulang aku boleh terima lagi tapi semester ini sedikit hebat dengan kemunculan gadis berwajah hitam berambut serabai dan pocong.
Memang lemah bila aku dengar. Pocong? Kau gila apa. Haish. Sejak khabar angin ini semua bertiup, aku mula menjadi penakut. Bila jam berdetik tepat pukul 10, aku sudah mula berfikir yang bukan-bukan. Sampaikan aku sendiri rasa takut hendak tidur. Lemahnya iman aku sebab fikiran aku senang merewang-rewang memikirkan perkara-perkara yang kurang enak itu. Akhirnya, aku sekarang sering tidur berselubung di dalam selimut. Aku tidak suka melihat keadaan bilik yang telah tidur pada waktu dinihari.
Dan semenjak itu, adalah seperti kebiasaan aku akan terjaga dari tidur tepat jam pukul 3. Mungkin aku terlampau banyak sangat berfikir sehingga terbawa ke tidur. Tetapi bila aku terjaga, seolah-olah mata aku segar bugar. Seperti tersentak mungkin? Aku abaikan. Walaupun sudah 3 jam berlalu, mungkin otak aku masih lagi dalam keadaan separuh sedar dan tidak masuk mod tidur sepenuhnya.
Bagaimanapun, aku tidak terlepas daripada ujianNya.
Aku rasalah kan, mula-mula aku bermimpi. Keadannya serupa dengan posisi badan aku yang sedang tidur dan tiba-tiba, kawan baik aku muncul lalu duduk di katil rakan sebilik aku.
"Anis, Anis. Ada perempuan berbaju kuning duduk dekat kerusi meja engkaulah"
"Huh? Aku bukan bermimpi ke sekarang? Tapi kenapa aku boleh dengar Nuzul bercakap dengan aku?"
Aku ketika itu seolah-olah sedar dengan alam realiti. Memandangkan aku tidur membelakangkan meja belajar aku, jadi aku kenalah pusing kepala untuk lihat siapakah gerangan perempuan berbaju kuning itu. Tapi aku tahu, ini mainan syaitan. Aku tarik selimut dan selubung di bawahnya. Aku tidak ambil peduli. Setelah 3 kali kawan baik aku ungkapkan ayat yang sama, tiba-tiba aku rasakan satu aura ataupun perasaan marah datang dari meja belajar dan bergerak ke arah aku. Kemudian, aku dengar bunyi bising berkumandang di telinga aku. Seolah-olah bunyi white noise tetapi sangat halus dan tajam.
Aku masih kebingungan tapi aku pasti, ini bukan mimpi. Aku sedar kerana mata aku tercelik. Akhirnya, aku terasa lemas, tidak boleh bergerak dan dihempap.
"Damn! Aku kene hempap?"
Ya. Pertama kali aku mengalami kejadian seperti ini. Aku cuba melawan beban itu dan dengan sekuat hatinya untuk mengucap "Allahuakbar" dan baca ayat kursi di dalam hati. Yang pasti, aku sangat payah untuk membuka mulut dan mulut aku berketar-ketar.
Akhirnya aku terasa beban itu hilang dan aku kepenatan.
Selepas kejadian itu, aku mula merenung kembali.
Kenapa kan, semasa aku di CBN, PLKN dan di semester 1, aku tidak pernah berhadapan dengan perkara-perkara sebegini?
Akhirnya aku membuat satu andaian.
Mungkin cara hidup, cara fikir aku dulu tidak seperti sekarang. Dulu aku tidak pernah ambil kisah akan perkara sebegini. Hidup urban, membuatkan aku tidak berapa percaya akan dengannya. Amat jarang untuk aku mengingati kepada cerita makhluk halus. Dan kini, aku bergaul dengan macam jenis orang yang mempunyai latar belakang yang berbeza terutamanya mereka yang berasal dari desa. Mereka mempunyai kepercayaan dan berpegang kepada pantang-larang yang telah diajar kepada mereka, membuatkan aku sedikit sebanyak terpengaruh dengan mereka. Di saat itulah, minda aku sering terpesong memikirkan perkara seperti ini dan aku mulai menjadi penakut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hmmmm... pukul 3?
ReplyDeleteanda mempunyai peluang untuk berQiamulail..
anda mampu menentukannya...
i'm used to having this 'hempap' incidents last time when i was in university and becomes more prevalent after i started working... it's known as the Old Hag Syndrome, typically caused by 'stress'. it happens when ur mind suddenly awake from sleep but your body have not.
ReplyDeleteread more at http://en.wikipedia.org/wiki/Old_Hag_Syndrome
luckily for me this has stopped. means i'm less stressed than i used to be ;)
i did post about this before too in my blog... long long time ago: http://elaneman.com/post/1/1136477337/double_day_bloggin_.html