Aku tak berapa ingat bila aku mula mengamalkan budaya lepak malam ini. Selama ini aku tak pernah keluar malam apatah lagi lepak malam bersama member. Tapi rasanya bila mula memasuki semester ketiga kot. Mula-mula lepak malam dengan member kat Bangi jer. Tapi lama-lama tangkap layan pulak, terbawa-bawa sampai ke Keramat.
Masa mula-mula nak lepak malam di Keramat, takut juga nak minta izin Mamabah tapi bila dah minta, mereka pun okay sahaja bagi lampu hijau. Tapi sudah tentulah ada curfew. Tidak mengapa, janji dapat jumpa member dan catch up bersama mereka.
Mula-mula tuh, setiap malam minggu, Jumaat malam akan lepak dengan Alia. Masa itu, tempat nak kira proper and decent lah juga. Lepak dekat Jusco AU2 sahaja. Old Town White Coffee dan Starbucks menjadi tempat kunjungan kegemaran kami. Tidak lengkap rasanya kalau tidak berjumpa dengan Alia setiap Jumaat malam. Kemudian, kami mula lepak di Mamak atau pun mapley. Dekat NZ Wangsa Maju dan juga Ali Bistro atau nama glamour, Alibi. Itu pun mungkin sebab kami hendak jimatkan duit. Hehe. Bila ada duit, sekali-sekala lepak dekat restoran-restoran Jalan Damai. Kalau tak Andalus, The Castle.
Sejak bertemu berdua, kami mula calling-calling member yang tinggal berdekatan. Ajak mereka lepak bersama. Ketika itu hanya roti canai dan minuman pasti ada di atas meja kami. Tapi seronok sangat dapat berkumpul dengan member, berkenalan dengan member punya member, buat kawan baru.
Best!
Dah lama-lama tu, timbul pula perasaan kami berdua nak mencuba Shisha. Bau-bau buahan yang lembut menusuk hidung kami dan menggoda kami untuk mencubanya. Sudah pandai hisap Shisha tapi layan biasa-biasa saja. Jadi, dari situ. Aktiviti lepak malam kami bertambah. Dahulu hanya borak-borak, makan roti canai dan minum air sahaja. Dan kini aktiviti menghisap Shisha. Tapi bila in the mood sahaja. Yang penting, catch up dan bertemu rakan lama dan baru.
Kini, kami mempunyai aktiviti baru. Iaitu... bermain kad! Kata mereka, nama permainan ini Poker Tahiti. Aku tidak pasti. Tapi yang pasti, kami tidak berjudi. Sekadar main kad suka-suka. Lagi pun, main kad ni, bagus juga untuk cerdaskan otak.
Apabila masuk semester keempat dan networking aku di kolej semakin bertambah, aku baru dapat tahu ramai juga kawan-kawan kolej aku tinggal di kawasan berdekatan.
Actually it feels nice and its such a warm feeling to have hometown friends. You would feel the sense of belonging getting stronger and there would be more reasons why you love to go back home.
Boy next door yang on the way becoming Rock Star! AJ |
Partners in crime, Arif and Shazwan |
My favorite girl, Alia |
Dan kenapa mesti lepak malam?
Dah nama pun lepak MALAM. ngeee.
Sebab malam biasanya jarang hujan.
Mapley yang biasa dituju adalah berdekatan dengan rumah.
24 hours amat menyenangkan.
Cuaca sejuk dan tidak panas.
Lepak dekat mamak, jimat duit.
Kalau betul-betul kering duit, minum air kosong sudah memadai.
Dan kebiasaannya, kebanyakan orang free pada waktu malam.
Pertemuan dengan rakan-rakan, priceless.
Lebih bermakna face meeting dari facebook-ing.
0 flower blossom:
Post a Comment