Pejam celik pejam celik, sudah hampir setahun berlalu. Dan sudah hampir setahun juga kita berdua berpisah. Ooops! Baik kau berhenti membuat andaian. Ini bukan warkah menagih cinta kembali. Bak kata perempuan gedik, "Ohh god! Puhhleezzz!"
Jika ingin tahu apa yang aku cuba nyatakan, silalah sorot matamu ke bawah.
Berdasarkan mood yang terpampang di profile aku itu, aku nyatakan aku very terkilan! Dan headline ku juga berbunyi nada sindir kepada seseorang. Siapakah seseorang itu? Kamu patut tahu sendiri. Ya, itu kamu.
Aku berasa terkilan dengan sikapmu kebelakangan ini kerana ternyata kamu berusaha sungguh untuk membuangku terus dari hidupmu. Dan aku juga sangat terkilan kerana engkau sudah jauh berubah daripada dirimu yang aku pernah kenali, pernah aku sayangi suatu masa dulu. Aku mengaku, aku sangatlah tidak suka penampilan terkini dirimu. Malah aku berasa sangat jelek melihatnya dan ya, aku berasa kecewa terhadapnya. Mungkin itulah identiti yang engkau inginkan selama ini. Tahniah diucapkan kerana engkau telah menemui identiti yang kau idamkan selama ini. Engkau gembira dan bangga, aku sekadar tumpang sahaja melihat kegembiraan dan kebanggaan milikmu itu. Aku lebih selesa dengan penampilan bersahaja dan santai engkau ketika bersamaku dahulu. Satu helai baju dan seluar sudah cukup buat dirimu dan aku cukup suka dengan rambut ikal milikmu yang suatu masa dahulu kerap singgah di jari jemariku. Bukannya apa, sekadar memanjakan dirimu. Berhenti! Itu kisah silam dahulu. Tetapi kini, rambut itu menjadi bahana mesin pemanas yang mampu meluruskan rambut ikal mu.
Itu satu. Yang duanya, terus-terang aku katakan, aku sangat gembira apabila mendapat khabar bahawa kau akhirnya telah menemui sang suria penyeri hidupmu. Tidak langsung terguris hatiku atau pun berasa cemburu dengan penemuan yang mampu mengubah hidup engkau sekali lagi. Aku gembira kerana lelaki yang pernah aku sayangi dahulu kini mampu berasa dirinya disayangi semula dan akan dijaga oleh seorang perempuan yang sangat dambakan kasih sayang daripada seorang yang bernama lelaki. Dia sangat bertuah mendapat seorang lelaki yang sangat baik hati seperti engkau. Malah, aku sangat gembira untuk kamu dan aku berdoa semoga hubungan kamu berdua berpanjangan dan mendapat jodoh seperti mana aku sering doakan dengan hubunganku dengan kekasihku kini.
Tetapi, aku hairan. Aku hairan kenapa sepanjang persahabatan kita selepas perpisahan kita itu, dirimu tidak terlalu menjauh dan engkau, sama sekali tidak pernah berubah. Sepanjang enam bulan selepas itu, dirimu masih tetap sama seperti mana yang aku tinggalkan dan kenapa baru kini kau berubah? Kenapa tidak dahulu? Dan yang sebenarnya membuat aku berasa terkilan adalah, kenapa perlu engkau terbitkan perasaan marah dan benci terhadap dirimu sekarang? Kenapa tidak dahulu?
Buat pengetahuan dirimu, selepas kita berpisah aku cuba untuk menjadi kawan baik dengan dirimu kerana diri ini berasa bersalah meninggalkan mu dan menyulam cinta baru bersama dengan seseorang yang sepatutnya bukan baru dalam hidupku. Tetapi memang telah lama aku sukakan pada dirinya sebelum hadirnya dirimu. Entah kenapa, aku boleh terjatuh cinta kepadamu. Dan tidak malu jika aku nyatakan bahawa aku merasakan engkaulah cinta pertama ku. Yes. First love. Benci sekali untuk aku nyatakan perkara ini kerana ku tidak pernah tahu, apakah makna diriku terhadap dirimu selepas kita berpisah. Mungkin aku hanyalah sekadar persinggahan di dalam hidupmu, di dalam hatimu. Aku ingin sangat tahu dan bertanya tapi aku tahu, kau pasti tidak akan menjawab. Biarlah persoalan itu tergantung dan menjadi rahsia kecil hatimu kerana jika ku tahu pun, ia tidak akan mengubah apa-apa fakta.
Tetapi, jangan kau risau. Aku tidak pernah terfikir untuk kembali, aku tidak pernah terfikir untuk menagih cinta dahulu, aku tidak pernah memberi seinci pun ruang di dalam hati ku kepada mu selepas engkau membuat keputusan untuk berputus denganku pada setahun yang lepas. Selepas ini, engkau (yang akuh pernah kenali dahulu dan bukan sekarang) sebagai first love ku hanya sekadar di kotak mindaku dan sama sekali tempat untukmu jauh bukan di hatiku. Kenangan lalu telah lama pudar dan memang ada diantaranya aku telah lupa pun. Seolah-olah telah dipudarkan mengguna Clorox sehingga menjadi putih suci berseri dan tiada apa yang kelihatan. Diriku tak ubah seperti orang bodoh mengenangkan orang yang tidakkan mungkin kenangkan aku. Persetankanlah cinta pertama!
Cukuplah engkau tahu bahawa aku ternyata sekali adalah perempuan yang merasakan dirinya paling bertuah kerana disayangi dan dikasihi oleh seorang lelaki bernama Alwi. Dan aku tidak pernah sayangkan orang lain seperti dirinya sebegini unik. Aku dijaga dengan sempurnanya dengan dia. Dialah lelaki idamanku dan aku adalah perempuan idamannya. Ingin aku jadikan dia, lelaki yang terakhir dalam seumur hidup aku. Mungkin kami masih muda, tapi cinta tidak mengenal usia. Dia cinta terakhir aku. Insyaallah. And yes, I am happy in terms of bahagia. Aku tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk. Sekadar meluahkan. And yes, I hate you for who you are now and what you have done recently. Personally, "deleting" me from your "life" just make yourself look like a fool to me. Everything is empty for you now and don't you worry.
Sekian saja. Semoga selamat menjalani hari-hari hidupmu.
P.S: Leganya aku.. Ini adalah isi hatiku yang terakhir berkaitan dirimu. 100% tulen dan tiada dusta.
P.S.S: Kau tidak perlu memberitahu kesemuanya kepada si dia. Aku tidak mahu dia terus membenciku membabi buta. "What people don't know, won't hurt them"
P.S.S: Ini adalah entri blog pertama di dalam hidupku menggunakan Bahasa Melayu.
Selamat tinggal dan engkau, boleh blah.
Friday, November 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 flower blossom:
Post a Comment